Poco F1 Akan Menerima Kemaskini Android 9.0 Pie Pada Penghujung Tahun Ini

Poco F1 Akan Menerima Kemaskini Android 9.0 Pie Pada Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Ogos 27, 2018 oleh .

Poco, iaitu sub-jenama Xiaomi telah mencuri perhatian ramai sejak daripada minggu lepas apabila mereka mengumumkan peranti berspesifikasi tinggi pada harga yang sangat kompetitif. Hari ini, ketika pelancarannya untuk rantau Asia Tenggara, Poco turut mengumumkan yang mana peranti Poco F1 akan turut menerima kemaskini perisian dan sekuriti dengan pantas berbanding peranti lain.

Menurut pihak Poco, peranti Poco F1 dijangka akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie menjelang suku ke-4 2018 ini.

Poco F1 Android Pie

Melalui kemaskini Android 9.0 Pie, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk penggunaan pembelajaran mesin dalam mengoptimasikan penggunaan bateri dan kecerahan skrin. Ia juga akan menawarkan sebuah panel khusus untuk memudahkan pengguna memantau penggunaan peranti.

Di Malaysia, Poco akan dijual bermula 30 Ogos 2018 ini, dan mungkin pengguna perlu menantikan beberapa bulan sebelum dapat naik-taraf ke Android 9.0 Pie.


TIPS & ULASAN