Ketiga-Tiga Model Galaxy S10 Dipercayai Akan Mempunyai Pengimbas Jari Pada Skrin

Ketiga-Tiga Model Galaxy S10 Dipercayai Akan Mempunyai Pengimbas Jari Pada Skrin

Diterbitkan pada Ogos 27, 2018 oleh .

Tiga model Samsung Galaxy S10 diramalkan akan dilancarkan tahun hadapan. Model paling mercu dipercayai dilengkapi sistem tri-kamera seperti yang ditemui pada Huawei P20 Pro. Hari ini sebuah laporan dari The Investor mengatakan ketiga-tiga model akan mempunyai pengimbas cap jari terbina dalam skrin.

Dua model akan menggunakan pengimbas dari jenis ultrasonik yang dibekalkan oleh Qualcomm. Sistem ini mengimbas alur cap jari secara tiga dimensi dan boleh digunakan oleh jari yang kotor ataupun basah. Model ketiga akan hanya menggunakan pengimbas optikal. Sistem ini kurang tepat dan mempunyai masalah mengimbas cap jari apabila ianya basah. Pengguna sistem imbasan cap jari dalam skrin oleh Samsung ini adalah atas dasar keperluan kerana ia kini menjadi fungsi yang ditemui pada peranti keluaran pesaing dari China. Malahan mereka sudah memfailkan paten sistem ini sejak dua tahun yang lalu.


TIPS & ULASAN