Spesifikasi Huawei Mate 20 Lite Tertiris Awal Selepas Pra-Tempahan Dibuka Di Eropah

Spesifikasi Huawei Mate 20 Lite Tertiris Awal Selepas Pra-Tempahan Dibuka Di Eropah

Diterbitkan pada Ogos 27, 2018 oleh .

Telefon pintar Huawei Mate 20 Lite akan dilancarkan di IFA minggu ini. Sungguhpun masih belu dilancarkan secara rasmi, ia sudahpun boleh dipratempah di beberapa kedai atas talian di Jerman dan Poland. Oleh itu spesifikasi rasminya bukan lagi misteri dan mengesahkan maklumat tertiris sebelum ini.

Huawei Mate 20 Lite dilengkapi skrin 6.3″ IPS LCD FHD+ bertakuk, dijana pemproses Kirin 710, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Kamera utama adalah sebesar 24+2 Megapixel f/1.8 manakala kamera hadapan pula adalah 20+2 Megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3750 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan sokongan pengecasan pantas.

Dengan spesifikasi ini, bolehlah dikatakan Mate 20 Lite ialah sebuah Nova 3i yang diberikan beberapa perubahan spesifikasi kamera dan bateri. Di Eropah peranti ini dijual pada harga Euro 350 (~RM 1670) sebuah.


TIPS & ULASAN