Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 9 menawarkan kuasa pemprosesan berkuasa, dan pada masa yang sama membawakan rekaan yang elegan. Hal ini menjadikan telefon pintar ini turut menjadi pilihan ramai usahawan, eksekutif dan para pekerja dalam usaha meningkatkan produktiviti.

Seperti ramai sedia maklum, melalui S-Pen, anda boleh sedia membuat catatan dengan pantas dan tidak terlupa sebarang idea serta inspirasi yang hadir pada bila-bila masa.

Melalui Galaxy Note 9, kuasa S-Pen dipertingkatkan lagi. Kini, selain hanya melakukan catatan dan lakaran, anda juga boleh menggunakannya untuk mengawal pembentangan anda.

Dengan adanya sokongan Bluetooth, S-Pen kini turut boleh menjadi clicker untuk mengawal pembentangan anda. Anda hanya perlu membuat penstriman sesuatu fail pembentangan daripada telefon ke skrin, dan seterusnya menggunakan S-Pen untuk mengawal.

S-Pen GIF

Anda hanya perlu tap sekali pada butang S-Pen untuk kehadapan, atau tap dua-kali untuk kebelakangan. Buat masa ini, ciri ini boleh digunakan bersama aplikasi Microsoft Powerpoint.

Sekiranya anda sering melakukan pelbagai jenis pembentangan di pejabat, sekolah atau dimana-mana, Galaxy Note 9 mungkin merupakan peranti pilihan anda. Di Malaysia, anda boleh mendapatkan telefon pintar yang memfokuskan produktiviti ini pada harga bermula RM3699.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd