Perkhidmatan Penstriman Video Daripada Disney Mungkin Dikenali “Disney Play”

Perkhidmatan Penstriman Video Daripada Disney Mungkin Dikenali “Disney Play”

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Disney pada tahun lepas sedia mengumumkan perancangan mereka untuk bersaing secara terus bersama Netflix dengan memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri. Disney sebelum ini sekadar mengatakan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan berkenaan pada 2019 kelak, dan tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan berkenaan mengenainya.

Terkini, menurut Variety, CEO Disney dipetik memanggil perkhidmatan penstriman video mereka sebagai “Disney Play”. Ia tidak diketahui lagi sama ada ini akan menjadi nama akhir atau sebaliknya.

Dengan hadir dengan perkhidmatan penstriman tersendiri, pihak Disney akan menghimpunkan pelbagai rancangan, siri TV dan filem terbitan mereka dibawah satu bumbung. Ini termasuklah filem terbitan Lucasfilm, Marvel dan juga Pixar.

Malah, sejumlah rancangan milik Disney yang sedia ada di Netflix akan turut ditawarkan secara eksklusif melalui platform Disney Play kelak.

Disney juga dijangka akan turut mempromosikan “Disney Play” ini bersama pengenalan pelbagai filem akan datang, termasuk seperti Toy Story 4, CaptaiN Marvel, dan sebagainya. Selain filem sedia ada, Disney juga dijangka menggunakan pelbagai IP milik mereka untuk hadir dengan siri eksklusif untuk terbitan pada Disney Play.

Untuk peringkat awal, Disney Play dijangka akan ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja sebelum ia diperluaskan ke negara-negara lain. Disney juga dijangka menawarkan harga yang lebih kompetitif berbanding Netflix dalam menarik pengguna ke platform penstriman mereka.


TIPS & ULASAN