Harman Kardon Mengumumkan Pembesar Suara Pintar Bernilai RM2868 – Citation 500

Harman Kardon Mengumumkan Pembesar Suara Pintar Bernilai RM2868 – Citation 500

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Pembesar suara pintar adalah pembesar suara dengan pembantu digital/maya terbina. Seperti Apple HomePod dengan Siri terbina, Amazon Echo dengan Alexa dan Google Home dengan Google Assistant. Terbaru, adalah jenama pembesar suara premium Harman Kardon – mereka mengumumkan pembesar suara pintar dengan Google Assistant, Citation 500.

Pembesar suara ini akan pertama kalinya diperlihatkan di acara IFA 2018 di Berlin. Pembesar suara ini menggunakan driver 200W yang menyokong penstriman audio definisi tinggi pada 24 bit/96Khz. Turut terbina adalah panel sesentuh LCD pada bahagian atas untuk mengawal jika pengguna tidak ingin kawal dengan arahan suara.

Dari segi kemasan, ia dilihat seperti menggunakan bahan seperti fabrik yang digunakan pada Google Home. Citation 500 ini adalah pembesar suara pintar ketiga dari Harman Kardon. Peliknya, syarikat ini dimiliki oleh Samsung – dan mereka masih belum mempunyai sebarang siri pembesar suara dengan Bixby terbina.

Citation 500 ini dijual pada harga $700 (~RM2868) sahaja.


TIPS & ULASAN