iPhone 2018 Hanya Akan Mempunyai 20%-30% Penambahbaikan Prestasi

iPhone 2018 Hanya Akan Mempunyai 20%-30% Penambahbaikan Prestasi

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

TSMC adalah syarikat yang akan menghasilkan cip pemproses Apple terbaru A12. Menurut sumber, Apple A12 menggunakan rekaan cip 7nm secara langsung mempunyai ~20% lebih pantas dan 40% pengurangan kuasa.

Cip A12 ini juga akan mempunyai teras-teras yang lebih pantas dan mungkin lebih efisyen jika penggunaan multi-teras digunakan. Disebabkan cip Apple jarang berfungsi pada mod multi-teras (hanya mengikut situasi tertentu), jadi prestasi cip A12 hanya akan ada penambahbaikan 20%-30% sahaja.

Manakala, masa-skrin-hidup (SOT) pada iPhone baru ini adalah bergantung kepada setiap model, kapasiti bateri, skrin dan juga modem yang digunakan. Menurut sumber, apa yang pasti adalah masa ketahanan bateri jika iPhone tidak digunakan adalah menakjubkan.

Hanya beberapa minggu sahaja lagi Apple akan memperkenalkan iPhone-iPhone baru. Jadi, untuk tahu perkara sebenar mengenai prestasi dan bateri Apple ini – sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN