Samsung Hadir Dengan Monitor QLED Melengkung Dengan Sokongan Thunderbolt 3

Samsung Hadir Dengan Monitor QLED Melengkung Dengan Sokongan Thunderbolt 3

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Samsung sedia menawarkan pelbagai jenis variasi monitor melengkung dengan panel QLED. Terkini, bersempena IFA 2018, Samsung turut menambah penawaran mereka, dan turut memperkenalkan monitor QLED melengkung pertama dengan sokongan Thunderbolt 3.

Samsung Thunderbolt Monitor

Dua variasi ditawarkan, iaitu Samsung CJ79 dan juga Samsung CJ89. Dengan sokongan Thunderbolt 3, ia memudahkan lagi untuk disambungkan bersama pelbagai peranti berbanding yang menggunakan HDMI.

Samsung CJ89 hadir dengan skrin bersaiz sehingga 43-inci dan 49-inci, dilengkapi nisbah paparan 31:10 atau 32:9, serta menawarkan kadar segar semula sehingga 144Hz. Samsung CJ79 pula hadir dengan skrin 34-inci dengan nisbah 21:9, selain kadar segar semula sehingga 100Hz.

Buat masa ini, monitor ini telah ditawarkan di Eropah, dan dijangka dilanjutkan ke seluruh dunia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN