Kuo: iPhone 2018 Tidak Akan Menyokong Apple Pencil

Kuo: iPhone 2018 Tidak Akan Menyokong Apple Pencil

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Bulan lepas kami laporkan di mana iPhone tahun ini mungkin akan menyokong Apple Pencil dan iPhone dengan skrin LCD mungkin akan dipasarkan sedikit lewat. Selain itu, turut terdengar adalah ura-ura di mana iPhone dengan skrin LCD akan dijana dengan cip pemproses dua tahun lepas.

Terbaru dari Kuo, beliau meramal di mana semua iPhone 2018 akan dijana dengan cip baru iaitu A12. Selain itu, tahun ini bukanlah tahun iPhone menyokong Apple Pencil dan masih lagi sama di mana iPhone dengan skrin LCD akan dipasarkan sedikit lewat berbanding iPhone lain.

Berkemungkinan besar, iPhone dengan skrin LCD ini akan dipasarkan pada bulan Oktober. Iaitu lebih kurang sebulan selepas ia diperkenalkan. Perkara ini tidak mengejutkan, kerana pada tahun lepas – selepas Apple melancarkan iPhone X pada bulan September 2017, ia hanya mula dijual pada bulan November. Iaitu dua bulan selepas.

Sejajar dengan laporan kami bulan April lepas, Kuo turut meramal di mana dua model iPhone akan menyokong dwi-sim mengikut variasi setiap pasaran negara. Menurut Kuo lagi, walaupun salah satu iPhone 2018 akan menyokong skrin saiz besar iaitu 6.5-inci ia tidak menyokong Apple Pencil kerana ia tidak akan memberi pengalaman penggunaan yang baik kepada pengguna.

Hanya beberapa minggu sahaja lagi Apple akan memperkenalkan iPhone-iPhone baru. Jadi, untuk tahu perkara sebenar mengenai prestasi dan bateri Apple ini – sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN