Telegram adalah satu aplikasi permesejan yang mudah digunakan dan penuh dengan pelbagai ciri dan fungsi. Sebelum ini mereka perkenalkan fungsi ‘Mark As Read’ untuk notifikasi Android. Kini, fungsi pengecualian notifikasi, mengeksport data ke desktop dan beberapa lagi ditambah pada versi v4.9.1.
Fungsi pengecualian notifikasi ini terdapat di bahagian tetapan notifikasi dan bunyi “Exceptions”. Melalui “Exceptions” pengguna boleh mengasingkan perbualan dengan notifikasi berbeza atau juga terus mematikan notfikasi untuk sesuatu masa. Selain itu, di Telegram Desktop pengguna kini boleh mengeksport semua data ke dekstop untuk membuat simpanan atau sandaran.
Kemudian, Telegram Passport yang diperkenalkan pada bulan lalu kini menyokong lebih banyak data serta boleh menterjemah dokumen dari bahasa lain. Kata laluan pada Telegram Passport pula kini menerima penambahbaikan pada algoritma hashing untuk sekuriti yang lebih baik.