Google Phone Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan September akan datang, Google akan mengemaskini pelayar web Google Chrome dengan antaramuka Material Design baru. Selain itu, Android Message sebelum ini turut telah menerima kemaskini sokongan tema gelap dan rekaan baru. Kini tiba giliran aplikasi panggilan telefon Google – Google Phone untuk menerima kemaskini ini.

Bukan itu sahaja, selain daripada rekaan serba baru pada aplikasi panggilan telefon ini – Google turut menyatakan pada changelog di Play Store di mana sokongan tema gelap turut akan hadir.

Nampaknya kelak, lebih banyak aplikasi Google akan menggunakan antaramuka baru ini dan mungkin akan datang lebih banyak aplikasi akan menyokong tema gelap.

Kemaskini ini sudah hadir di Play Store. Tetapi, sayang sekali – bila Google akan aktifkan sokongan tema gelap masih belum diketahui.

Muat Turun: Google Phone Di Google Play Store

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami