Instagram Sedang Menguji Panel Sisi Yang Mengandungi Tetapan, Gambar Yang Disimpan Dan Banyak Lagi

Instagram Sedang Menguji Panel Sisi Yang Mengandungi Tetapan, Gambar Yang Disimpan Dan Banyak Lagi

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Instagram kerap menguji pelbagai perkara baru dalam aplikasi mereka. Sebelum ini mereka menguji fungsi komuniti khusus untuk pelajar universiti. Kemudian pada awal bulan Ogos, mereka menguji akses pintas kepada emoji. Kini, mereka menguji panel sisi yang mengandungi tetapan, gambar yang disimpan dan beberapa fungsi lain.

Pada panel sisi ini, Instagram memuatkan Insights (untuk akaun perniagaan), Saved (gambar yang disimpan), Close Friends dan juga Discover People.

Dari apa yang saya alami, fungsi ini adalah berdasarkan kemaskini di bahagian pelayan. Kerana dalam versi yang sama, pada Note 9 saya sudah menerima fungsi ini dan pada OnePlus 6 saya masih lagi tiada.

Dengan panel sisi yang hadir ini, Instagram kelihatan lebih kemas. Kerana Instagram kini mempunyai banyak ciri dan fungsi. Jadi satu panel sisi khusus untuk ciri/fungsi adalah satu kemaskini yang baik.


TIPS & ULASAN