Cari @ Amanz

LG hari ini telah memperkenalkan telefon pintar pertama mereka dibawah program Android One, iaitu LG G7 One. Menariknya, berbeza dengan pelbagai peranti Android One, LG G7 One hadir dengan sokongan spesifikasi yang tinggi.

LG G7 One menggunakan skrin 6.1-inci bertakuk dengan resolusi 1440p, dijana cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bateri 3000mAh.

LG G7 One

Telefon pintar ini juga turut hadir dengan sokongan speaker Boombox, serta ciri bicu audio dengan sokongan quad-DAC.

Dengan penawaran Android One, ia menawarkan antaramuka asli tanpa penambahan sebarang antaramuka. Ia juga secara tidak langsung menjanjikan kemaskini perisian dengan pantas kepada peranti ini.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di IFA 2018, dan tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd