Dapatkan Pelbagai Produk Berjenama Melalui “Super Crazy Deal” Daripada Leapfrog Melalui Shopee

Dapatkan Pelbagai Produk Berjenama Melalui “Super Crazy Deal” Daripada Leapfrog Melalui Shopee

Diterbitkan pada Sep 5, 2018 oleh .

Leapfrog merupakan satu syarikat yang mengeluarkan peranti aksesori yang memfokuskan kepada permainan. Kedai atas talian untuk produk jenama ini sudah berada di laman Shopee. Kini, Leapfrog telah mengadakan satu kempen dinamakan sebagai “Super Crazy Deal”. Kempen ini akan berlangsung selama dua minggu iaitu bermula 27 Ogos 2018 sehingga 9 September 2018 melalui platform Shopee. Melalui kempen ini, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai produk berjenama seperti Alcatroz, Armaggeddon, Audiobox, Elysium dan Sonic Gear dengan harga yang lebih murah berbanding daripada harga jualannya yang biasa.

Melalui promosi yang dianjurkan daripada Leapfrog, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan pelbagai promosi dengan hanya mengikut jadual acara yang ditetapkan.

Untuk mendapatkan produk dengan harga promosi, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Shopee melalui platform Play Store untuk pengguna Android dan Apple Store untuk pengguna IOS dan mendaftarkan diri pada aplikasi tersebut.

Kemudian, gunakan kata kunci “Leapfrog Global” untuk mencari kedai atas talian tersebut dan tekan butang “FOLLOW” untuk mengikut kedai rasminya. Dengan mengikuti kedai atas talian ini, anda boleh mendapatkan pelbagai produk boleh dibeli pada harga promosi selepas pengikut kedai atas talian tersebut mencecah sehingga 8000 pengikut. Bagi anda yang ingin membuat pembelian, tekan butang “Add to cart” atau “Buy Now” ada produk yang anda inginkan.

Bagi mendapatkan harga promosi untuk produk yang diiginkan, anda perlu memasukkan kod promosi daripada Leapfrog. Kod tersebut adalah LEAP99 untuk potongan harga sebanyak 10% dengan pembelian serendah RM30 dan LEAP99UP potongan harga sehingga 15% bagi pembelian serendah RM60.

Antara produk yang boleh didapatkan pada harga promosi adalah komputer riba model AK-300x bersama Scorpion 3 pada harga RM59 dan PC Kevlar 17 pada harga RM299 yang disertakan bersama kipas PC Litch Blade secara percuma.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan pelbagai barangan daripada Leapfrog dengan harga yang murah, jangan lepaskan peluang ini untuk mendaftarkan diri pada platform Shopee dan ikuti kedai atas talian Leapfrog.

Ikuti:  Laman Rasmi Leapfrog di Shopee 


TIPS & ULASAN