Xiaomi Menjual Set Syiling Emas Dan Perak Untuk Peminat Xiaomi

Xiaomi Menjual Set Syiling Emas Dan Perak Untuk Peminat Xiaomi

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Xiaomi semakin hari terkenal dengan syarikat yang menghasilkan pelbagai produk. Mereka bukan lagi satu syarikat yang hanya memfokuskan kepada penghasilan telefon pintar.

Syarikat Xiaomi kini sudah berumur lebih lapan tahun. Mereka mula dibangunkan pada 6 April 2010. Sempena memperingati Xiaomi, mereka mula menjual set syiling emas dan perak dengan logo maskot Mi Rabbit. Xiaomi bekerjasama dengan Lucky Me, iaitu syarikat barang kemas dari Beijing untuk menghasilkannya.

Set emas ini hanya dijual melalui laman biayasama Youpin dan hanya terdapat 5000 set sahaja ditawarkan. Syiling emas itu diperbuat daripada 999 emas tulen dan mempunyai jisim 5 gram. Manakala syiling perak itu adalah 999 perak tulen dengan jisim 30 gram.

Syiling emas itu dijual pada harga RMB1699 (~RM1023), syiling perak itu pula adalah RMB269 (~RM162) dan set kedua-duanya sekali ditawarkan pada harga hanya RMB1810 (~RM1090) sahaja. Untuk mengesahkan keaslian set syiling emas dan perak ini, Xiaomi turut sertakan sijil dengan nombor siri.


TIPS & ULASAN