Microsoft Surface Go Mula Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM1749

Microsoft Surface Go Mula Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM1749

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Microsoft Malaysia sebelum ini telah mula mengambil pra-tempahan untuk Surface Go, dan mulai hari ini, tablet-komputer berkenaan telah pun mula ditawarkan oleh para pengedar rasmi tempatan seluruh negara.

Surface Go

Surface Go merupakan tablet Surface bersaiz kompak, hadir dengan skrin bersaiz 10-inci, dijana cip Intel Pentium Gold 4415Y, dan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 9 jam lamanya. Surface Go turut menyokong Surface Pen untuk input dan lakaran.

Seperti Surface biasa, ia juga turut hadir dengan Type Cover yang perlu dibeli secara berasingan, selain penawaran Surface Mobile Mouse.

Surface Go dengan 4GB RAM dan 64GB eMMC storan ditawarkan pada harga RM1749, sementara model variasi 8GB dengan 128GB SSD ditawarkan pada harga RM2399.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Surface ini melalui para pengedar Microsoft seluruh negara bermula hari ini.


TIPS & ULASAN