Cari @ Amanz

JomLaunch merupakan salah satu acara komuniti yang telah diadakan untuk beberapa tahun. Untuk tahun 2018 ini, JomLaunch edisi yang ke-6 bakal diadakan pada 22 September kelak, sekaligus menghimpunkan pelbagai pembangun, usahawan dan peminat teknologi dibawah satu bumbung.

JomLaunch 6.0

Bagi yang tidak mengenali akan JomLaunch, ia merupakan salah satu acara komuniti yang diadakan dalam membolehkan sesiapa sahaja memperkenalkan dan melancarkan produk berkaitan IT. Sebelum ini, beberapa produk telah diperkenalkan melalui acara JomLaunch – termasuk antaranya RunCloud, Terapi, Robot Jualan, dan sebagainya.

Untuk JomLaunch 6.0 ini, ia bakal mempertontonkan 10 projek komersial, 3 projek komuniti, dan 4 projek peribadi.

Bagi anda yang berminat dalam arena perusahaan rintisan (startup) atau ingin mengenali rakan-rakan baru dalam komuniti pembangunan, mungkin boleh hadirkan diri ke acara JomLaunch 6.0 yang bakal diadakan pada 22 September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd