Carian
Kini, Anda Boleh Menonton Berita Secara Langsung Melalui iFlix, 24 Jam Sehari
August 28, 2018 Aman

iFlix sebelum ini telah pun mengumumkan iFlix News. Selari dengannya, kini pengguna di Malaysia sudah boleh menonton siaran berita secara langsung melalui platform penstriman berkenaan – hasil kerjasama iFlix dan Bernama, serta beberapa penyiar yang lain.

Bagi anda yang menggunakan iFlix, boleh melayari laman berkenaan, atau mengaksesnya melalui aplikasi khusus. Seterusnya, pengguna boleh mengikuti siaran langsung berita ini melalui tab “Live“.

iFlix Bernama

iFlix Bernama

Daripada pengamatan kami, untuk pengguna tempatan, kini anda sudah boleh mengakses siaran Bernama TV, Al Jazeera, CCTV-4, CGTN dan juga DW News. Dengan langkah ini, anda bukan sahaja boleh mengikuti rancangan tv dan filem melalui iFlix, tetapi turut mengikuti pelbagai berita semasa yang berlaku dalam dan luar negara dengan mudah melaluinya.

Komen