KTM Komuter hari ini berkongsi yang mana mereka akan menamatkan sokongan penggunaan token sebagai tiket, sekaligus memerlukan pengguna beralih kepada kaedah pembayaran nirtunai yang lain.
Melalui perkongsian pihak KTM Komuter pada saluran sosial, ia dilihat perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan kelak hanya akan menerima pembayaran melalui kad Touch n Go atau Komuter Link sahaja. Dengan sokongan TnG, pengguna juga turut boleh menggunakan MyKad untuk membayar tambang KTM Komuter.
Buat masa ini, KTM tidak memberikan sebarang tarikh perlaksanaannya lagi. Tetapi, dengan pengumuman terbaru ini, mungkin pengguna sudah boleh bersedia untuk peralihan yang akan berlaku tidak lama lagi ini.
Pengumuman Penting / Important Announcement! pic.twitter.com/1R6tH52ZFx
— KTMB 03 2267 1200 (@ktm_berhad) August 26, 2018