LG hari ini telah memperkenalkan monitor dibawah keluarga UltraGear, iaitu penawaran monitor dengan fokus integrasi dan sokongan khusus untuk teknologi permainan video.
Monitor LG UltraGear ini hadir dengan skrin bersaiz 34-inci dengan rekaan melengkung, menawarkan resolusi UltraWide QHD pada 3440×1440 pixel, dan menawarkan nisbah skrin 21:9.
LG mengatakan monitor ini menawarkan kadar segar semula sehingga 120Hz, selain turut menyertakan sokongan NVIDIA G-Sync secara terbina.
Buat masa ini, pihak LG masih tidak berkongsi akan tarikh pelancaran dan harga jualan untuk monitor baru ini.