Samsung Hadir Dengan Pemacu Luaran Berasaskan NVMe – Samsung Portable SSD X5

Samsung Hadir Dengan Pemacu Luaran Berasaskan NVMe – Samsung Portable SSD X5

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Bagi anda yang sering memindahkan fail bersaiz besar antara komputer ke pemacu luaran, ia mungkin menjadi salah satu perkara yang membosankan untuk pemindahan selesai berlaku. Kini, Samsung mempunyai jawapan untuk anda melalui pemacu luaran terbaru mereka, dinamakan Samsung Portable SSD X5.

Samsung SSD X5

Samsung Portable SSD X5 ini hadir dengan sokongan Thunderbolt 3, dan menawarkan kadar pembacaan sehingga 2800MB/s, atau kadar penulisan sehingga 2300MB/s. Dari segi pengiraan kasar, ia membolehkan fail bersaiz 3GB dipindahkan dalam masa hanya 2 saat sahaja.

Seperti biasa, untuk menggunakan kuasa kelajuan ini sepenuhnya, anda perlu menghubungkan SSD X5 ke komputer atau Mac dengan sokongan Thunderbolt 3.

Samsung SSD X5

Pemacu luaran ini juga turut menyertakan beberapa ciri tambahan – termasuk perlindungan daripada perubahan cuaca mendadak, tahan gegaran, dan melindungi data anda dengan penyulitan AES 256-bit.

Samsung akan menawarkan ia dalam tiga variasi storan, iaitu 500GB pada harga $399.99 (~RM1643), 1TB pada harga $699.99 (~RM2875) dan 2TB pada harga $1399.99 (~RM5751).


TIPS & ULASAN