Arena nirtunai semakin popular dari hari ke hari, dan terkini PLUS telah pun memperkenalkan sokongan pembayaran nirtunai pada kedai-kedai di kawasan rehat dan rawat (R&R) Dengkil (Arah Utara). PLUS menjayakan perkara ini hasil kerjasama dengan pihak Visa Malaysia, dan menggunakan sistem Visa payWave.
Dengan integrasi sokongan ini di kedai-kedai R&R Dengkil (Arah Utara), pengguna yang melaluinya boleh melakukan pembayaran terus menggunakan sebarang kad debit atau kredit dengan sokongan berkenaan.
Pada hari ini, kawasan R&R Dengkil ini dikunjungi lebih 62,000 kenderaan setiap hari, dan PLUS menyasarkan sekitar 25% daripada transaksi berlaku secara nirtunai selepas ini.
Bersempena dengan pengenalan ini juga, pengguna yang mempunyai kad Visa payWave akan menikmati diskaun sebanyak RM1 untuk sebarang transaksi bernilai RM2 dan ke atas. Promosi ini terhad di R&R Dengkil (Arah Utara) sehingga 30 November 2018 kelak.
PLUS mengatakan mereka kelak akan memperkenalkan sokongan pembayaran nirtunai di kawasan R&R lain secara berperingkat.
PLUS 120 – Kemudahan pembayaran yang lebih mudah, pantas dan selamat dengan Visa Paywave di R&R Dengkil (arah utara) pic.twitter.com/5CuLnKV1LN
— PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) August 28, 2018