Cari @ Amanz

Pelbagai syarikat teknologi kini turut memfokuskan untuk menjadikan operasi mereka lebih mesra alam dan – telah mula menggunakan sumber tenaga lestari dan boleh diperbaharui dalam operasi harian mereka.

Terkini, hari ini Facebook mengumumkan yang mana mereka berazam untuk menguasakan operasi global mereka secara sepenuhnya berasaskan sumber tenaga lestari menjelang 2020 kelak. Gergasi laman sosial berkenaan juga turut mengatakan mereka ingin mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sehingga 75% pada tempoh sama.

Facebook turut mengatakan yang mana sebelum ini mereka menyasarkan untuk menggunakan sekitar 50% daripada fasilit mereka dengan tenaga lestari menjelang penghujung 2018 ini. Namun, mereka berjaya mencapainya pada penghujung tahun lepas.

Dengan azam baharu ini, ia sekaligus akan menjadikan Facebook sebagai salah satu syarikat korporat terbesar yang beralih menggunakan sumber tenaga lestari sepenuhnya dalam operasi mereka.

Selain Facebook, Apple, Samsung dan Google turut memfokuskan kepada penggunaan sumber tenaga lestari – sekaligus menjadikan operasi harian mereka lebih mesra alam sekitar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd