Acer Swift 5 Dan Swift 3 Hadir Dengan Spesifikasi Dan Rekaan Baru – Turut Dilengkapi Sokongan 4G LTE

Acer Swift 5 Dan Swift 3 Hadir Dengan Spesifikasi Dan Rekaan Baru – Turut Dilengkapi Sokongan 4G LTE

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Bagi mereka yang mementingkan laptop yang hadir dengan rekaan nipis, ringan tetapi hadir dengan spesifikasi berkuasa, Acer hadir dengan beberapa pilihan untuk anda melalui siri Acer Swift mereka yang diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Terkini, di acara [email protected] yang baru sahaja berlangsung di Berlin, Acer dilihat sekali lagi mengemaskini laptop siri Swift 5 dan Swift 3 mereka dengan spesifikasi dan rekaan baru yang membuatkannya lebih nipis, ringan dan berkuasa.

Acer Swift 5

Acer Swift 5 hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci pada resolusi Full HD dengan bezel nipis yang membolehkan paparan tersebut menggunakan 87.6 peratus daripada saiz panel yang hadir.

Dari segi spesifikasi dalaman, Swift 5 ini dilengkapi dengan CPU Intel Core generasi kelapan yang baru diumumkan, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD yang cukup pantas sekali.

Laptop Swift 5 dibina menggunakan aloi magnesium-lithium yang bukan sahaja ringan, tetapi tahan lasak. terbaik untuk mereka yang sering berada di luar untuk melakukan tugasan. Satu perbezaan yang ketara diantara model 2017 dan model 2018 ialah berat model baru ini hadir pada 990g, iaitu 35 peratus lebih ringan dari model sebelum ini.

Siri Acer Swift 3 pula hadir dengan pilihan paparan bersaiz 13.3 inci, dan dilengkapi dengan siri CPU Intel Core generasi kelapan, bersama-sama dengan ciri yang membolehkannya disambungkan ke internet menggunakan sambungan 4G/LTE.

Buat masa ini, Acer masih belum mengumumkan lagi bilakah laptop siri Swift baru ini akan hadir ke pasaran.


TIPS & ULASAN