Cari @ Amanz

Siri Acer Predator dan Acer Nitro adalah dua diantara jenama gaming Acer yang terkenal bagi mereka yang gemar bermain permainan komputer. Acer Predator dilihat sebagai siri gamer kelas premium, manakala Acer Nitro pula adalah bagi mereka yang inginkan peranti gaming yang hadir pada harga mampu milik.

Di acara Next@Acer di Berlin yang sedang berlangsung, Acer memperlihatkan dua buah paparan skrin beresolusi 4K terbaru, iaitu Acer Predator XB273K dan juga Acer Nitro XV273K.

Acer Predator Monitor

Kedua-dua paparan ini hadir dengan saiz paparan bersaiz 27 inci, dan mempunyai resolusi 4K (3840×2160) yang cukup besar sekali. Paparan Acer Predator XB273K ini hadir dengan kadar segar semula 144Hz pada resolusi tersebut, dan hadir dengan sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA GSYNC yang menjanjikan pengalaman gaming yang lebih licin.

Acer Nitro Monitor Baru

Paparan Acer Nitro XV273K pula dilengkapi dengan nilai sela-masa serendah 1ms, dan hadir dengan teknologi paparan AMD FreeSync yang turut menjanjikan pengalaman gaming yang lebih licin.

Dalam pada itu, kedua-dua paparan ini juga hadir dengan sokongan untuk HDR (High Dynamic Range) yang membuatkan warna-warna yang hadir pada paparan-paparan ini lebih bersemangat, dan juga Wide Color Gamut yang membolehkan paparan memperlihatkan lebih banyak warna daripada apa yang biasa dilihat.

Tanda harga bersama-sama dengan tarikh pelancaran untuk kedua-dua paparan ini masih belum diperlihatkan lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd