Apple mempunyai Animoji, Samsung mempunyai AR Emoji dan Huawei mempunyai Qmoji. Google pula kini mempunyai Minis iaitu pelekat yang dihasilkan secara automatik menggunakan gambar swafoto menerusi papan kekunci Gboard.
Meet Minis! Easy to create and share right from #Gboard, these AI-powered personal stickers are made with just a snap of a selfie → https://t.co/d5BBLdt8As pic.twitter.com/39l4vZNjIS
— Google (@Google) August 27, 2018
Menurut Google, Minis dihasilkan menerusi sistem kecerdasan buatan. Selepas gambar swafoto diambil, beberapa pelekat 2D dengan karikatur muka pengguna akan dihasilkan dalam pelbagai situasi. Dari apa yang kami dapat lihat, fungsi Minis ialah mempunyai persamaan dengan sistem penghasilan pelekat dalam bentuk GIF beranimasi yang ditemui pada peranti Samsung. Walaupun diumumkan semalam, fungsi Minis ini masih lagi belum diaktifkan kepada semua pengguna.