Cari @ Amanz

Pagi ini Intel melancarkan enam CPU baharu di bawah siri Intel Core-U dan Intel Core-Y yang pertama kalinya direka untuk komputer riba ringan, nipis serta 2 dalam 1. Tiga pemproses di dalam Intel Intel Core-U (Whiskey Lake) ialah i7-8565U, i5-8265U dan i3-8145U. Tiga lagi pemproses di dalam keluarga Intel Core-Y (Amber Lake) pula ialah i7-8500, i5-8200Y dan m3-8100Y.

Pemproses Core-U mempunyai sehingga empat teras dengan TDP 15W. Terdapat sokongan Gigabit WiFi secara terbina pada pemproses terkini ini. Disamping itu terdapat sokongan untuk kandungan Dolby Vision dan Dolby Atmos. Komputer riba yang menggunakan cip Core-U menurut Intel mampu mempunyai hayat penggunaan sehingga 16 jam dengan sekali caj.

Pemproses Core-Y pula hanya dilengkapi dua teras dengan TDP 5W. Ini membuatkannya sesuai digunakan pada komputer riba ultra nipis sehingga 7mm. Selama ini masalah haba ialah antara penyebab komputer riba nipis tidak praktikal digunakan.

Menurut Intel lagi kedua-dua Core-U dan Core-Y akan mula digunakan pada komputer riba sekitar bulan Ogos. Dengan acara IFA yang akan berlangsung minggu ini, model-model terawal komputer riba yang menggunakannya pasti akan diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd