Carian
Tongkat Mendaki Gunung Ini Turut Berfungsi Sebagai Penapis Air
August 29, 2018 Effi Saharudin

Minggu ini gembar berita seorang ranjer Jabatan Perhutanan yang ditemui hidup selepas hilang di dalam belantara selama dua minggu. Beliau bernasib baik kerana mempunyai kepakaran mencari makanan dan minuman di dalam hutan yang memastikan kelangsungan hidup. Bagi insan biasa seperti kami, situasi yang sama pastinya sudah membawa kepada maut.

Jadi sekiranya kami ingin mengembara ke hutan belantara, kami akan membawa pelbagai peralatan yang boleh meningkatkan kebarangkalian terselamat jika tersesat. PurTrek ialah sebuah tongkat mendaki yang mempunyai sistem penapis dan pam air terbina. Pengguna hanya perlu meletakkan hujung tongkat ke dalam sumber air dan mengempamnya bagi memulakan proses penapisan. Air yang ditapis kemudiannya selamat untuk diminum.

Menurut pereka PurTrek, sistem penapis berasaskan serat yang digunakan dapat memerangkap 99.99% bakteria, protozoa dan partikel di dalam air. Penapis ini boleh digunakan untuk proses penurasan sehingga 500 liter sebelum perlu ditukar. Bagi yang berminat PurTrek sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama dan boleh dipesan pada harga $99 (~RM 406) sebatang.

Komen