Chrome OS Mungkin Akan Menerima Sokongan Nyahkunci Berasaskan Wajah

Chrome OS Mungkin Akan Menerima Sokongan Nyahkunci Berasaskan Wajah

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Windows Hello adalah sistem nyahkunci pelbagai yang dihasilkan oleh Microsoft untuk Windows 10. Baik dari pengecaman wajah atau imbasan cap jari. Kini sokongan pengecaman wajah akan hadir untuk Chrome OS.

Kemaskini terbaru dari Chrome OS boleh dikatakan sudah cukup untuk menggantikan sebuah peranti Windows jika hanya melakukan tugasan ringan dan/atau menikmati media-media asas. Jadi dengan kehadiran pengecaman wajah pada Chrome OS, ia boleh dikatakan satu saingan kepada Windows.

Chrome OS Linux

Menurut barisan kod dari commit Chromium, pengecaman wajah Chrome OS menggunakan enjin dari Intel – iaitu Intel Face Engine.

intel: ipu3: Add face detection

The face detection works if set the mode
to FD_MODE_FULL.
The face info could be got by method getResult().

It’s disabled currently.
Add metadata and enable it in the future.

Fungsi ini dikatakan mungkin akan hadir terlebih dahulu pada Pixelbook generasi baru. Jadi, untuk ketahui sama ada fungsi ini akan hadir atau tidak – sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN