Cari @ Amanz

Tukul dipercayai telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak zaman Paleolitik lebih 30,000 tahun yang lalu. Ia digunakan untuk bertukang serta memburu. Malahan haiwan primat seperti Gorilla turut menggunakan tukul seperti manusia. Rekaan asas tukul tidak banyak berubah dengan kepala logam dan tangkai diperbuat daripada kayu. Untuk menggunakan tukul dua tangan diperlukan dengan satu memegangnya dan satu lagi memegang paku yang ingin diketuk.

Tukul moden di atas direka oleh Michael Young, mempunyai kelopak (magazine) untuk 25 batang paku. Sistem kelopak ini membolehkan proses mengetuk paku dilakukan dengan hanya sebelah tangan. Untuk bergerak ke paku seterusnya, pengguna hanya perlu mengetuk bahagian sisi tukul. Ini sama seperti sistem peluru pada sebuah pistol.

Tukul sebelah tangan ini telahpun dipatenkan tetapi masih belum dijual secara komersial oleh penciptanya. Sebagai seorang insan yang kerap mengalami kecederaan jari ketika menggunakan tukul, ini ialah antara ciptaan yang kami mahukan segera,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd