Konsep Kenderaan Swapandu Dengan Mata Yang Memandang Pejalan Kaki Dihasilkan Oleh Jaguar

Konsep Kenderaan Swapandu Dengan Mata Yang Memandang Pejalan Kaki Dihasilkan Oleh Jaguar

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Kenderaan swapandu kini sudah menjadi realiti dan kemampuannya akan semakin meningkat sehingga tiada lagi keperluan pemandu manusia dalam masa sedekad. Oleh itu pengeluar kini perlu melakukan kajian bagaimana dunia akan berubah selepas swapandu mula menjadi kebiasaan. Tanpa pemandu, pejalan kaki tidak dapat mengetahui sama ada mereka “dilihat” oleh sensor kenderaan ataupun tidak.

Jaguar Land Rover telah memperlihatkan konsep kenderaan swapandu mereka yang mempunyai sepasang mata di bahagian hadapan. Ia persis kenderaan dari siri animasi Cars tetapi sebenarnya berfungsi sebagai petanda kepada pejalan kaki bahawa mereka sedang diperhatikan oleh sistem sensor kenderaan swapandu. Ini berguna apabila mereka melintas jalan menggunakan lintasan belang. Apabila pejalan kaki melihat “mata kenderaan” memandang ke arah mereka, diri akan terasa lebih selamat melintas kerana yakin sistem swapandu akan memberhentikan kenderaan.


TIPS & ULASAN