Google Go Kini Boleh Membacakan Petikan Laman Web Dengan Sambungan Internet Serendah 2G

Google Go Kini Boleh Membacakan Petikan Laman Web Dengan Sambungan Internet Serendah 2G

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Google Go adalah aplikasi Google yang dibangunkan khas untuk negara-negara membangun yang tidak mempunyai akses internet yang pantas. Dengan Google Go membuat carian dan melayari web ia mudah dilakukan walaupun dengan sambungan internet 2G.

Kini, Google Go menerima kemaskini di mana laman web yang dilayar – aplikasi ini boleh membacakan petikan-petikan laman web untuk pengguna. Setiap petikan itu di baca dengan menggunakan pemprosesan bahasa yang natural serta sintesis ucapan melalui kecerdasan buatan.

Setiap patah perkataan yang dibacakan akan ditandakan (highlight) untuk memudahkan pengguna lihat petikan mana yang dibaca agar pengguna mudah faham. Google mengatakan di mana fungsi ini turut akan hadir ke aplikasi atau perkhidmatan Google lain pada masa akan datang.

Disebabkan Google Go tidak terdapat di Malaysia, jika anda ingin cuba anda boleh muat turun .APK di APK Mirror.

Muat Turun Google Go Di Google Play Store


TIPS & ULASAN