Tesla Menarik Jualan Power Bank Selepas Hanya Sehari Dipasarkan

Tesla Menarik Jualan Power Bank Selepas Hanya Sehari Dipasarkan

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Tesla ialah syarikat yang terkenal kerana kereta elektrik dengan kemampuan swapandunya. Mereka kini sedang berusaha menghasilkan lori dan kereta swapandu yang mampu milik. Sungguhpun begitu mereka juga kerap kali menghasilkan produk lain seperti kerangka iPhone, papan luncur dan terkini power bank dengan pengecasan nirwayar.

Power bank ini berkapasiti 6000 mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 7.5W (USB-C) dan 5W nirwayar menggunakan format Qi. Ia ditawarkan dalam warna hitam dan putih pada harga $65 (~RM 266). Menarik sekali ialah produk ditawarkan pada hari Isnin sebelum ditarik pada hari Selasa. Tiada sebab diberikan mengapa jualannya dihentikan. Besar kemungkinan adalah kerana ia menerima kritikan yang teruk kerana tiadanya sokongan pengecasan pantas dan dijual pada harga yang mahal walaupun berkapasiti rendah. Ini tidak selari dengan imej Tesla sebagai sebuah syarikat berteknologi tinggi.


TIPS & ULASAN