Anda Kini Boleh Pra-Daftar Untuk Permua Contra : Return Di Android

Anda Kini Boleh Pra-Daftar Untuk Permua Contra : Return Di Android

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Contra merupakan salah satu permainan klasik yang mempunyai peminat yang ramai. Permainan berusia lebih 30 tahun ini telah pun hadir dalam bentuk permua di beberapa buah negara, dan kini, ia turut bakal hadir untuk pasaran Malaysia.

Pelayan Asia Tenggara untuk Contra : Return ini akan menghimpunkan para pemain dari Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan juga Thailand.

Contra Return

Contra Return

Contra Return

Permua Contra : Return mengekalkan bentuk permainan side-scrolling, dan membolehkan anda bermain secara perseorangan atau turut bersaing dengan rakan-rakan yang lain. Ia diterbitkan oleh Tencent, dan dipasarkan oleh Garena di Malaysia. Permua ini juga turut mengintegrasikan elemen e-sukan bersama padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-daftar hari ini, dan menerima ganjaran berbentuk mata wang dalam permainan berkenaan.

Pra-Daftar : Contra : Return di Android


TIPS & ULASAN