Cari @ Amanz

Tidak dinafikan, Spotify adalah perkhidmatan penstriman muzik popular. Spotify turut kerap menguji dan/atau menambah ciri dan fungsi baru seperti dengan Google Clocks, pengguna boleh menetapkan penggera menggunakan lagu dari Spotify. Manakala sebelum ini, Spotify turut menguji untuk memberi pengguna percuma melangkau iklan.

Kini, Spotify sedang menguji ‘Friends Weekly‘ iaitu fungsi yang memaparkan senarai main rakan dalam bentuk stories. Fungsi ini sebelum ini diuji pada pengguna iOS. Terkini, pengguna Android turut boleh mengujinya.

Jika menekan profil rakan pada ‘Friends Weekly‘ ia akan memaparkan lagu terkini yang dimainkan oleh rakan. Selain itu, pengguna turut boleh menghantar emoji untuk memberi maklum balas atau reaksi.

Jika anda ingin mencuba fungsi ini, arahan adb yang mudah boleh digunakan. Tidak memerlukan root hanya kebenaran akses adb sudah mencukupi.

adb shell am start -n "com.spotify.music/com.spotify.music.features.friendsactivity.friendslist.ui.AvatarListContainerActivity"
adb shell am start -n "com.spotify.music/com.spotify.music.features.friendsweekly.findfriends.ui.FindFriendsActivity"

Jika anda ingin mencuba fungsi ini, arahan adb yang mudah boleh digunakan. Tidak memerlukan root hanya kebenaran akses adb sudah mencukupi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd