Cari @ Amanz

Sony hari ini telah hadir dengan video acah ringkas untuk pengenalan peranti Xperia baru secara rasminya esok, 30 Ogos 2018. Buat masa ini, nama peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi.

Jikalau mengikut spekulasi, Sony dikatakan mungkin hadir dengan Xperia XZ3 dengan penawaran spesifikasi tinggi, selain sokongan kamera generasi baru. Berkemungkinan juga kita akan melihat penawaran beberapa peranti berspesifikasi pertengahan baru daripada Sony pada acara sama.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran peranti Xperia baru secara rasminya esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd