Pada minggu pertama bulan Ogos, Facebook mula menamatkan fungsi rentas-terbit (cross-post) kicauan dan kicauan semula Twitter dalam kemaskini API terbaru. Facebook menggalakkan pembangun menggunakan Facebook Share jika ingin berkongsi atau rentas-terbit mana-mana terbitan dari Twitter.
Sejajar dengan itu, Facebook dilihat sudah mula memadam semua terbitan rentas-terbit Twitter ke Facebook. Ini bermakna, mana-mana terbitan anda di Facebook yang asalnya adalah daripada Twitter – ia mungkin sudah dipadam oleh Facebook. Ini adalah termasuk dengan reaksi, suka atau komen pada terbitan Facebook itu.