Samsung Memperlihatkan Bagaimana Sistem Penyejukan Cecair Galaxy Note 9 Berfungsi

Samsung Memperlihatkan Bagaimana Sistem Penyejukan Cecair Galaxy Note 9 Berfungsi

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Ingat lagi atau tidak, pada bulan lepas ada kami laporkan di mana ura-ura mengatakan Samsung mungkin akan memperkenalkan telefon pintar memfokuskan permua? Perkara ini akhirnya terungkai, di mana Samsung Galaxy Note 9 adalah telefon pintar gaming mereka.

Menjadikan Galaxy Note 9 adalah kehadiran sistem penyejukan cecair yang dinamakan ‘Water Carbon Cooling System‘. Menjadi tanda tanya adalah bagaimanakah sistem penyejukan ini berfungsi? Untuk menjawab persoalan ini, Samsung menerbitkan artikel Tech Lab Notes #1 di laman web mereka menjelaskan bagaimana sistem penyejukan ini berfungsi.

Menurut Samsung, haba dari pemproses akan bertukar menjadi stim, ia kemudian bergerak ke liang pengisi paip tembaga sehingga penghujung dan akan bertukar menjadi cecair jika peranti dikesan sudah cukup sejuk.

Bahan karbon itu pula berfungsi sebagai Thermal Interface Material (TIM). Ia berada pada bahagian atas cip dan membantu haba disebar pada penyebar tembaga. Karbon TIM tadi juga dikatakan sembilan kali lebih baik daripada silikon.

Jadi dari sini, sudah nyata sistem penyejukan cecair ini memang benar-benar wujud. Terdapat cecair yang terlibat dan juga sistem yang membantu untuk menyejukkan peranti.


TIPS & ULASAN