Cari @ Amanz

Acer hari ini telah mengadakan acara khas bersempena IFA 2018, dimana mereka memperkenalkan sejumlah peranti baru padanya. Salah satu komputer riba yang turut diperkenalkan dan mencuri perhatian ramai adalah Acer Swift 7.

Acer Swift 7

Acer Swift 7 hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini dan meneruskan tradisi Swift 7 sebelum ini yang memfokuskan rekaan nipis dan ringan. Acer Swift 7 juga hadir dengan ketebalan kurang 1 sentimeter, dan berat kurang daripada 1 kilogram. Menariknya pada Acer Swift 7 baru ini juga, ia turut hadir dengan rekaan bingkai skrin yang sangat nipis – sekaligus menawarkan nisbah skrin ke badan mencapai 92%.

Acer Swift 7

Spesifikasi penuh untuk komputer riba ini masih tidak dikongsikan, malah kami juga masih kurang pasti berkenaan dengan kedudukan webcam pada komputer riba ini. Acer sekadar mengatakan komputer riba 14-inci ini hadir dengan cip Intel Core i7 generasi ke-8 sahaja buat masa ini.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai komputer riba ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd