Acer Predator X Diperlihatkan – Hadir Dengan Sokongan Untuk Dua CPU Intel Xeon Dan 12 Keping Memori ECC

Acer Predator X Diperlihatkan – Hadir Dengan Sokongan Untuk Dua CPU Intel Xeon Dan 12 Keping Memori ECC

Diterbitkan pada Ogos 29, 2018 oleh .

Di acara [email protected] di New York beberapa bulan lalu, Jason Chen, CEO Acer meniriskan sedikit butiran mengenai computer terbaru mereka, Acer Predator X, dan di acara [email protected] yang sedang berlangsung di Berlin, lebih banyak butiran mengenai komputer tersebut diperlihatkan,

Acer Predator X ialah sebuah computer desktop yang hadir dengan spesifikasi mesin pelayan, dan hadir dengan komponen-komponen seperti dua CPU Intel Xeon, 12 slot memori DDR4 ECC, dan sokongan untuk kad grafik terbaru daripada pihak NVIDIA, yang mereka masih tidak boleh jelaskan setakat ini.

Menurut Jason Chen lagi, computer Acer Predator X ini direka untuk menjalankan pelbagai tugasan, termasuklah menjalankan pelbagai jenis permainan komputer, khususnya untuk tajuk-tajuk multi-pemain.

Buat masa ini, pihak Acer menyatakan bahawa computer Acer Predator X ini masih berada di dalam fasa ujian, dan spesifikasi yang hadir di acara pra-IFA masih belum disahkan lagi.


TIPS & ULASAN