Cari @ Amanz

Acer sedia mempunyai penawaran beberapa aksesori – termasuk kerusi permainan video dibawah jenama Predator. Menariknya, hari ini mereka membawa pengalaman permainan setapak lagi ke hadapan dengan pengenalan kerusi permainan adiraja dinamakan Predator Thronos.

Acer Predator Thronos

Melalui Predator Thronos, ia bukan sekadar kerusi permainan biasa, tetapi turut hadir dengan ruangan untuk menyokong sehingga tiga monitor, selain ruangan khusus untuk meletakkan PC anda.

Dengan menggunakan Predator Thronos ini, secara tidak langsung anda anda menyediakan sebuah ruangan khusus untuk permainan video di rumah anda – selain memberikan lebih keselesaan dan ruangan peribadi anda sendiri ketika bermain.

Acer Predator Thronos

Acer Predator Thronos

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Acer akan memasarkannya di Malaysia. Tetapi, suatu perkara yang pasti, semestinya harga jualannya adalah tidak seperti harga jualan kerusi permainan biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd