Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan pelbagai komputer riba untuk produktiviti, Acer juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan beberapa produk baru dibawah jenama Predator. Salah satunya adalah Predator Triton 900.

Acer Predator Triton 900

Acer Predator Triton 900 hadir dengan rekaan engsel yang sedikit unik, membolehkan anda melaraskannya dengan mudah mengikut jarak paparan yang anda inginkan.

Spesifikasi penuh untuk komputer riba ini tidak dikongsikan – termasuk dari segi CPU dan GPU yang digunakan. Tetapi, salah satu perkara yang diperkatakan adalah penawaran skrinnya. Skrin Predator Triton 900 ini hadir dengan sokongan paparan sentuh 4K, dan turut menyertakan sokongan integrasi GSync.

Melengkapkan komputer ini juga adalah sokongan papan kekunci mekanikal, dan pengaliran udara yang dikuasakan kipas Acer Aeroblade 3D.

Buat masa ini, harga dan tarikh pelancarannya masih tidak diketahui. Tetapi suatu yang pasti adalah ia semestinya akan membawa tanda harga yang sangat premium.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd