Cari @ Amanz

Bank Negara sedia mempunyai senarai nama-nama perkhidmatan, pengendali dan produk berkaitan kewangan yang meragukan – yang mana mempunyai lebih 400 syarikat dibawahnya. Terkini, BNM turut menambah syarikat sebalik LaVida Coin didalam senarai berkenaan.

Ini juga sekaligus menjadikan syarikat dan laman berkenaan tidak diiktiraf dan diluluskan dibawah undang-undang. Pengguna juga diberikan amaran supaya tidak menyertainya.

Lavida Coin telah diketengahkan pada minggu lepas sebagai salah satu kriptowang. Namun, kaedah operasinya menjadi persoalan ramai pengguna, selain ada yang turut mengaitkannya sebagai MLM dan lain-lain.

Dengan amaran daripada pihak BNM ini, mungkin pengguna boleh berjaga-jaga dan tidak terjebak dengan pelbagai pelaburan yang meragukan diluar sana.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd