Cari @ Amanz

Skype sebelum ini telah hadir dengan ciri seumpama “Stories” yang dinamakan Highlights. Tetapi, mungkin kerana ramai yang tidak mengemarinya dan menggunakannya, kini Skype mengambil langkah untuk membuang ciri berkenaan.

Skype Highlights

Highlights kini tidak lagi disertakan pada kemaskini aplikasi Skype terbaru untuk peranti mudah-alih. Sebaliknya, Skype akan memfokuskan kepada sokongan Chat, Panggilan, dan Buku Alamat.

Untuk pengguna yang pernah berkongsi akan Highlights, anda boleh memuat-turun data yang pernah dikongsikan sebelum 30 September 2018 ini sebelum ia dipadam sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd