Cari @ Amanz

Sony hari ini telah memperkenalkan kad memori terkini, dibawah siri SF-G TOUGH. Menjadi fokus pada kad memori bersaiz SD ini adalah sokongan tahan lasak padanya, selain penawaran kelajuan tinggi untuk membaca dan menulis.

Sony mengatakan kad memori ini mampu bertahan kadar tekanan sehingga 180N – sekaligus memberikan kadar tahanan lebih 18 kali ganda berbanding kad memori biasa. Disamping itu, ia juga menawarkan sokongan ketahanan air IPX8.

Ciri lain yang turut disertakan adalah sokongan anti-statik, kalis x-ray dan magnet.

Dari segi kepantasan, kad SD ini menawarkan sokongan penulisan sehingga 299MB/s, selain sokongan pembacaan sehingga 300MB/s.

Dengan penawaran kad memori ini, ia dijangka memberikan para jurugambar lebih ketenangan dan tidak risau akan gambar atau media yang dirakamkan rosak atau hilang tanpa sengaja.

Sony akan menawarkan kad memori ini bermula Oktober kelak dalam variasi 32GB, 64GB dan juga 128GB. Ia akan dijual pada harga bermula $73 iaitu sekitar RM301.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd