OnePlus 5/5T Mula Menerima Sokongan Mod Potret Swafoto Dan Mod Gaming
Artikel Berkaitan

OnePlus 5/5T Mula Menerima Sokongan Mod Potret Swafoto Dan Mod Gaming

Diterbitkan pada Ogos 30, 2018 oleh .

Akhirnya, fungsi yang dinanti-nantikan oleh pengguna OnePlus 5 dan 5T kini hadir. OnePlus 5 dan 5T kini menerima sokongan mod potret swafoto serta mod gaming dalam kemaskini Oxygen OS beta terbuka 15 dan 17.

Selaind daripada dua fungsi baru yang menarik, OnePlus turut menyediakan beberapa penambahbaikan lain, antaranya adalah:

  • Sistem
    • Penambahbaikan kawalan kuasa di latar
    • Kemaskini tampalan sekuriti Ogos
  • Cuaca
    • Kemaskini cuaca mengikut jam
    • Menambahbaik lokasi dan kejituan cuaca
  • Nota
    • Antaramuka baru
  • Oneplus Switch
    • Pengoptimasian antaramuka.

Untuk senarai changelog penuh anda boleh terus rujuk forum rasmi OnePlus. Jika anda ingin mencuba fungsi-fungsi baru ini, anda boleh muat turun Oxygen OS Open Beta 17 untuk OnePlus 5 dan Open Beta 15 untuk OnePlus 5T. Jika anda sudah pun menggunakan Open Beta yang sebelumnya, anda akan menerima kemaskini OTA bermula hari ini secara berperingkat.

Muat Turun Oxygen OS Open Beta 15/17 OnePlus 5/5T Di Sini


TIPS & ULASAN