Cari @ Amanz

Twitter sedia mempunyai ciri yang mengalakkan pengguna untuk mengikuti sesuatu akaun melalui apa yang mereka namakan “Who To Follow”. Melaluinya, Twitter mencadangkan secara automatik akaun-akaun yang berkait dan mungkin digemari anda berdasarkan algoritma tertentu.

Kini, menariknya, selain daripada ciri berkenaan, Twitter turut sedang menguji sebuah ciri baru yang memperlihatkan akaun-akaun yang perlu anda nyah-ikut atau “Unfollow”.

Ciri baru ini sedang pada peringkat ujian lagi buat masa ini.

Twitter mengatakan mereka inginkan garis masa pada perkhidmatan mereka perlulah relevan kepada seseorang pengguna. Salah satu cara untuk menjayakannya adalah dalam membolehkan anda sentiasa berinteraksi dan sebagainya.

Twitter menggunakan algoritma baru dalam memastikan akaun-akaun yang anda jarang berkomunikasi atau berinteraksi, dan mencadangkan akaun berkenaan untuk dinyah-ikut.

Twitter masih menguji ciri ini lagi, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd