Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan televisyen 8K – namun ketika itu ia lebih kepada memperlihatkan konsep dan keupayaan syarikat mereka sahaja. Hari ini, pada acara IFA 2018, Samsung mengambil pentas utama dan telah pun memperkenalkan televisyen 8K mereka yang akan dipasarkan kepada pengguna.

Samsung 8K QLED

Televisyen 8K ini hadir dengan panel QLED, dan dinamakan sebagai Q900FN. Ia menawarkan paparan pada resolusi 8K, dan Samsung menjayakan penawaran kandungan sedia ada pada resolusi berkenaan dengan integrasi dan penggunaan kecerdasan buatan.

Panel 8K ini juga dikatakan menawarkan sokongan HDR10+, selain turut hadir dengan sokongan kecerahan skrin mencapai 4000nit.

Buat masa ini, Samsung belum mengumumkan harga jualannya lagi. Tetapi, seperti biasa, harga jualannya mungkin akan berkali ganda tinggi berbanding televisyen 4K dipasaran hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd