Cari @ Amanz

Pocophone adalah sub-jenama Xiaomi yang terbaru. Peranti pertama mereka yang baru dilancarkan adalah Poco F1, iaitu peranti dengan spesifikasi sebuah peranti mercu pada harga bermula RM1237 sahaja.

Poco F1 menjalankan sistem MIUI tersendiri iaitu MIUI for Poco. Ia turut mempunyai pelancar dengan talam aplikasi tersendiri dan tidak seperti pelancar MIUI lain – iaitu Poco Launcher. Menariknya, pihak Poco kini menawarkan pelancar berkenaan untuk semua pengguna Android yang lain, dan tidak hanya mengehadkan kepada pengguna peranti Poco sahaja.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Poco Launcher ini daripada Google Play Store hari ini, dan mencubanya sendiri sebelum membuat keputusan untuk beralih ke peranti Poco sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd