Cari @ Amanz

Mophie adalah syarikat yang terkenal dengan aksesori kuasa. Sebelum ini kami ada laporkan beberapa produk Mophie seperti Mophie Juice Pack Air untuk iPhone 7 dan juga Mophie Juice Pack Battery Mod iaitu aksesori modular untuk peranti Motorola siri Z.

Kini, Mophie hadir dengan Nimble iaitu aksesori kuasa yang dibina dengan bahan mesra alam. Bahan yang digunakan pada siri Nimble ini boleh diperbaharui dan juga dikitar semula seperti bioplastik dan botol air yang dikitar semula. Jika dibeli aksesori-aksesori Nimble ini dibungkus dengan menggunakan kertas yang dikitar semula dan bebas daripada dakwat, cetakan atau juga pelekat.

Antara produk yang mereka lancarkan adalah empat pengecas nirwayar, iaitu Pad, Dual Pad, Stand dan Travel Kit. Ia dijual pada harga bermula $40 sehingga $60 iaitu sekitar RM165 sehingga RM268.

Mereka turut hadir dengan empat power bank yang menyokong USB-PD 18W dan QC3.0. Setiap power bank ini mempunyai jumlah port USB-A yang berbeza serta menawarkan kapasiti 10000mAh, 13000mAh, 20000mAh dan 26000mAh. Ia dijual pada harga $49.95 sehingga $99.95 iaitu sekitar RM206 ke RM412. Siri Nimble ini turut mempunyai pengecas dinding biasa dan kabel pengecas. Ia dijual dari harga $12.95 sehingga $19.95 (~RM53 – RM82) sahaja.

Buat masa ini, Mophie hanya menjual aksesori Nimble secara terus melalui laman web khas mereka dan khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak ditawarkan kepada pengedar atau penjual lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd